12 April 2016

GARA-GARA 'STATUS' FB NADI PUTERA, SYANIE TERUK DIKRITIK



Bagai madu dibalas tuba!

Demikianlah pembayang yang diberi oleh Syanie Hisham, 42, apabila sikap bertimbang rasanya tidak dipeduli oleh Nadi Putera Mohd. Zainol, 30, yang baru-baru ini memuat naik status ‘In an Open Relationship’ di Facebook peribadinya.

Berikutan itu, pihak media akhirnya dapat mengesan kisah rumah tangganya yang menghadapi masalah. Meskipun begitu, Syanie masih lagi bertahan dan menghormati keluarga kedua-dua belah pihak dengan mengambil sikap berdiam diri.





"Semua cerita itu keluar bukan daripada mulut saya. Dia yang membuka pekung di dada dengan menulis status begitu. Saya masih lagi boleh bersabar, tetapi apabila ada orang yang tidak tahu hujung pangkal cerita tiba-tiba beri komen pedas, memang saya jadi hilang sabar.

"Itu yang buat saya tidak akan maafkan mereka. Semakin banyak mereka memberi komen yang tidak masuk akal, insya-Allah banyak pahala yang akan saya dapat.

"Buat masa sekarang belum waktunya untuk saya bercerita kisah rumah tangga. Bagi saya ruang dan bila sampai masa nanti, saya akan buat kenyataan secara rasmi, mungkin menerusi Facebook.

"Saya tidak mahu keruhkan lagi keadaan. Apa yang saya boleh cakap, sekarang ini saya ingin tenangkan diri dan meneruskan kehidupan tanpa bebanan," ujarnya yang melangsungkan perkahwinan pada 1 Mac 2014 di tepi pantai, Pulau Langkawi dengan Nadi Putera.



Untuk info, Syanie berkata demikian sebagai mengulas gosip dia dan suaminya mengalami masalah rumah tangga yang kemungkinan berlakunya penceraian. Ekoran itu, dia mendakwa terpalit dengan kata-kata nista daripada pihak yang boleh dianggap sebagai ‘nasi tambah’ yang tidak tahu apa-apa tetapi mahu juga memberi komen.

"Saya sedih sebenarnya apabila membaca komen-komen orang ramai yang tidak tahu duduk perkara sebenar, tetapi mahu tunjuk pandai. Mereka tahukah apa yang berlaku dalam rumah tangga saya?

"Tidak dinafikan ada kata-kata mereka itu mengguris hati saya yang telah terluka ini. Mereka sedar tak, komen-komen negatif yang dimuat naik itu dibaca oleh ribuan orang dan berapa banyak hati yang telah mereka lukai selain saya, memang saya tidak akan maafkan sampai akhirat insan-insan yang sesedap mulut mengutuk saya," tambah Syanie dipetik sebagai berkata kepada Utusan.

Kata Syanie, sebagai artis faham yang dia sentiasa menjadi perhatian tetapi dia tidak pinta itu semua. Dia juga manusia, ada perasaan dan apabila membaca komen-komen yang tiada perasaan itu, memang dirinya terasa.

"Saya tidak akan maafkan orang yang tidak tahu hujung pangkal kisah saya, tiba-tiba beri komen seolah-olah mereka yang arif," katanya yang lebih suka menyelesaikan segala permasalahan keluarga secara tertutup.





         ________________________





No comments: