11 April 2016

HAMIL LAGI - REBECCA NUR ISLAM TERINGIN ANAK KEMBAR



Jika sebelum ini beberapa artis dan selebriti kita telahpun mendapat anak kembar contohnya seperti Nurul Syuhada (kembar sepasang), Datin Paduka Eina Azman (kembar sepasang) dan Fad Bocey... terkini Rebecca Nur Islam pula mengidam mahu memiliki anak kembar.

Ini kerana Rebecca kini bakal menimang cahaya mata keempat tidak lama lagi selepas memiliki tiga anak iaitu Nor Adam Daniel, 7, Nor Anggun Raverra, 4, dan Nor Anggerik Renesmee, 3 tahun.





Bagaimanapun, kesemua anaknya itu dilahirkan secara pembedahan, oleh yang demikian, kemungkinan besar anak yang bakal lahir nanti turut melalui cara yang sama.

"Selain tiga anak saya, dua anak tiri pun duduk sama dengan saya juga. Jadi total anak-anak semua ada lima. Tambah yang bakal lahir nanti, jadi enam orang semuanya. Saya tak kisah anak ramai. Anak ramai best, meriah rumah, nanti bila dah tua, boleh masing-masing tukar-tukar jaga kita kan?

"Kesemua anak saya lahir secara pembedahan, jadi jika anak yang terakhir nanti, harapan saya nak anak kembar. InsyaAllah.

"Sebelum ini saya mempunyai seorang sahaja pembantu rumah, tapi sebab nak pindah rumah baru nanti, sekarang saya ada lima orang pembantu. Walaupun saya mempunyai lima orang pembantu namun saya tak harapkan dan percayakan pembantu 100 peratus.

"Anak-anak masih saya yang siapkan. Pembantu cuma membantu sikit-sikit sahaja. Yang penting sekarang cara macam mana kita bersabar, menyayangi, menjaga dan melayan anak-anak," ujarnya dipetik sebagai berkata.






Foto: Rebecca IG


         ________________________





No comments: