11 April 2016

SELEPAS KEJAYAAN FILEM 'MUNAFIK' - SYAMSUL YUSOF BAKAL HASILKAN 'MUNAFIK 2'



Datuk Yusof Haslam memaklumkan bahawa anaknya, Syamsul Yusof akan menghasilkan 'Munafik 2' selepas kejayaan filem seram pecah panggung, 'Munafik' yang telah berjaya mendapat kutipan sehingga RM18 juta sepanjang tempoh penayangannya.

Difahamkan, 'Munafik 2' akan memulakan penggambaran pada hujung tahun ini.

"Alhamdulillah, selepas sambutan luar biasa ke atas filem Munafik, Syamsul kini menyatakan hasratnya untuk menghasilkan filem Munafik 2 pula. Penggambaran filem itu pula akan bermula pada hujung tahun ini.





"Disebabkan itu, kami melanjutkan seminggu lagi tempoh tayangan yang sepatutnya tamat pada minggu ini. Sementara di Malaysia dan Brunei, tayangan Munafik akan berakhir pada minggu ini," ujar Datuk Yusof dipetik sebagai berkata.

Untuk pengetahuan semua, filem 'Munafik' yang menelan belanja RM1.6 juta itu adalah filem yang ke-9 Syamsul Yusof dan merupakan filem seram keduanya selepas 'Khurafat' pada tahun 2011.

















         ________________________





No comments: