11 April 2016

ISTERI EZANY DISABITKAN NUSYUZ OLEH MAHKAMAH



"Mahkamah juga mensabitkan defendan mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

"Oleh yang demikian, defendan tidak layak mendapat nafkah bermula tarikh sabitan ini ( hari ini) sehingga kembali taat," kata Hakim Syarie, Mohd Azlan Mohd Azhar, di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, sebentar tadi.





Untuk info, permohonan nusyuz (derhaka) tersebut telah difailkan pada 22 Julai 2014 oleh pelakon, Ezany Nizariff terhadap isterinya, Lizda Nuryanti dan sabitan nusyuz itu disabit mulai 17 Julai 2014.

Sabitan dibuat mengikut Seksyen 60(2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 setelah Lizda Nuryanti, 34, keluar dari rumah kelamin mereka di Seri Kembangan pada 17 Julai lalu.

Pasangan itu bernikah pada 1 Julai 2007 dikurniakan dua anak lelaki, Rayyan Harraz, 5 dan Hayden Harraz, 3, tahun.




Sumber: Sinar harian - Foto: Ezany FB


         ________________________





No comments: