17 April 2016

JANTINA ANAK - HANIS ZALIKHA & HAIRUL AZREEN BELUM SEDIA DEDAHKAN



Hanis Zalikha yang bakal bersalin pada 5 Jun iaitu tarikh yang sama dengan hari perkahwinannya menyatakan bahawa beliau dan dan suaminya, Hairul Azreen belum bersedia mendedahkan jantina anak mereka ini.

Menurut Hanis, walaupun sedang sarat hamil 7 bulan, beliau masih mengalami alahan dan tidak boleh duduk diam dan masih aktif dengan pelbagai jenis perniagaan.

"Ia agak mencabar kerana saya belum biasa berdepan dengan situasi ini. Kebiasaannya, wanita hamil akan mengalami alahan teruk pada trimester kandungan tetapi saya pula hingga ini, masih muntah-muntah. Cuak juga tetapi saya cuba cekalkan diri dan menganggap ia sebagai ujian Allah.





"Pernah saya bertanya ibu, tetapi dia hanya melalui alahan teruk pada trimester pertama. Ibu mentua pula sudah lupa pengalaman itu kerana melahirkan anak terakhir 28 tahun lalu. Saya anggap semua ini sebagai dugaan ketika mengandung, mungkin Allah ingin pemudahkan semua urusan saya ketika bersalin kelak, insya-Allah

"Memang saya tidak boleh duduk diam, biarpun perut semakin membesar. Harapnya anak yang bakal lahir ini akan menerima tempias semangat saya yang tidak pernah berhenti bekerja. Saya masih keluar rumah menghadiri mesyuarat dan menguruskan hal berkaitan perniagaan," ujar Hanis dipetik sebagai berkata.



Untuk makluman, Hanis Zalikha baru sahaja melancarkan koleksi pakaian raya, His & Her dengan kolaborasinya bersama suami baru-baru ini.

Ditanya mengenai perancangannya selepas melahirkan bayi pertamanya, Hanis berkata, dirinya mungkin akan mempertimbangkan tawaran sebagai pengacara yang tidak memerlukan banyak masa diluar. Malah suaminya juga bersetuju jika beliau tidak terlalu aktif di dalam bidang lakonan yang menuntut lebih banyak masa diluar.


Sumber: BH



         ________________________





No comments: