Meskipun selalu lupa lirik, namun aura Wak Mustar dengan suaranya yang mirip A.Ramlie telah melayakkan Juara Kilauan Emas musim ke-5 itu muncul juara sekali lagi dalam peringkat akhir Kilauan Emas Otai semalam.
Lebih menarik, Wak mustar telah mengalahkan ramai juara Kilauan Emas sebelum ini seperti Fuad, Idris, Silah (separuh akhir) dan ramai lagi.
Mustar atau nama sebenarnya Mustaffa Rasyid Abd Jabar, 47, dari Kuala Langat, Selangor, membawa pulang hadiah utama wang tunai berjumlah RM150,000 beserta trofi sumbangan Astro.
Acara tersebut telah berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Jalan Cheras, dan disiarkan secara langsung oleh AStro Prima dan Astro Maya HD.
Sementara naib juara pula jatuh kepada bekas juara Kilauan Emas 2 iaitu Ahmad Fuad Zaharullail, 48, (Fuad) yang mendapat hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 serta trofi.
Tempat ketiga diduduki oleh Idris Mohd Shabidin, 54, (Idris) yang melayakkannya menerima hadiah wang tunai berjumlah RM30,000 berserta trofi.
Mohammad Nasiruddin Mohd Hashim, 45, (Nas) iaitu bekas pemenang tempat kelima Kilauan Emas 4, mendapat tempat terakhir dan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 dan trofi.
Dalam pada itu, peserta yang tersingkir pada konsert separuh akhir, Silah atau nama sebenarnya Silahudin Ali, 55, telah dipilih sebagai penerima hadiah Anugerah Khas Juri. Dia menerima hadiah wang tunai berjumlah RM10,000.
Markah peserta pada malam itu diadili oleh juri profesional yang diketuai Datuk Ramli MS dan Erra Fazira selain juri jemputan Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah dan Fauziah Ahmad Daud. Juri profesional mewakili 50 peratus pemarkahan dan 50 peratus daripada undian SMS.
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment