20 April 2016

SEBELUM 'TERIKAT' - FAZURA INGIN FOKUS KERJAYA DULU



"Buat masa sekarang tidak ada masa untuk berteman lelaki," demikian kata penyanyi 'Hancur Aku', Nur Fazura yang kini tidak mempunyai masa untuk bercinta kerana sibuk dengan kerjayanya yang semakin rancak pada tahun ini.

Menurut Fazura, dia mahu menumpukan sepenuh perhatian pada setiap kerja yang dilakukan sebelum terikat dengan komitmen sebagai seorang isteri pada suatu hari nanti.





"Kalau bercinta saya perlu macam mesej dan hal yang remeh temeh. Kalau sudah berkahwin barulah betul-betul saya boleh fokus pada urusan tangga. Biarlah saya bina kerjaya saya atas nama dan menuai hasil atas titik peluh saya sendiri," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Fazura diberi kepercayaan membintangi filem di Indonesia dan selepas ini akan meluaskan pengaruhnya di Filipina.

Selain Fazura, filem aksi berkenaan itu turut dibintangi oleh Zul Ariffin, Farid Kamil dan Izara Aishah. Difahamkan, filem berkenaan akan menemui penonton di pawagam pada tahun 2017.




Sumber: RT



         ________________________





No comments: