30 April 2016

MLM 2016 - BOCEY MUNCUL JUARA, LOL TERCOROT



Gelanggang Akhir Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM 2016) yang berlangsung di Stadium Tertutup Pasir Gudang, Johor Bahru telah melabuhkan tirainya malam semalam apabila kumpulan Bocey dinobatkan sebagai juara sebagaimana yang dijangka.

Kumpulan Bocey yang dianggotai oleh Achey, Fad dan Abam telah membawa pulang wang tunai sebanyak RM500,000 berserta sebuah trofi sumbangan Astro.





Naib Juara dengan wang tunai RM250,000 pula menjadi milik Joras (Shuk, Rahim dan Joey) sementara kumpulan Puteh (Ali dan Mamak) diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga untuk memperolehi hadiah RM150,000.

Manakala tempat terakhir diduduki Tauke, Angah dan Ajak yang membentuk kumpulan LOL. Mereka menerima hadiah wang tunai RM50,000 dan trofi.

Hadiah disampaikan pelawak veteran tanah air, Abdul Wahid Ahmad atau lebih dikenali sebagai Wahid Satay yang turut diiringi Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu ASTRO, Datuk Khairul Anwar Salleh.



Para peserta telah diadili dengan sistem pemarkahan yang masing-masing mewakili 70 peratus daripada juri tetap dan selebihnya undian penonton.

Empat juri tetap yang mengadili peserta pada MLM 2016 akhir itu terdiri daripada Ziana Zain, Shaheizy Sam, Najip Ali dan Bunga Citra Lestari.

MLM 2016 yang sekali lagi diacarakan Datuk AC Mizal, masih mengekalkan format asal seperti mula diperkenalkan pada tahun 2011.

Tahniah diucapkan!
















Sumber: BH



         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...