30 April 2016

SUAMI SAHKAN YANA SAMSUDIN HAMIL 7 BULAN



Wahh pandai betul simpan rahsia ye!

Yana Samsudin sebelum ini tidak mengiyakan mahupun menafikan tatkala menyuarakan persoalan bahawa ramai yang menebak keadaan tubuhnya terutama di bahagian perut kelihatan seperti sedang hamil ketika menghadiri majlis resepsi Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin.

Terkini menerusi laman instagram suaminya Fadzil Zahari, beliau mengesahkan bahawa Yana kini sedang hamil tujuh bulan.





"Assalamualaikum wbt... Sebelum abang tidoq malam ni abang nak share pada semua kawan-kawan kat sini yang selalu mendoakan kami... Alhamdulillah wife abang Yana Samsudin dah pregnant 7 bulan, syukur perkembangan setakat ini wife & baby sihat, harapnya Allah Taala permudahkan perjalanan kami ini hingga saat melahirkan nanti... Abang doakan hangpa semua juga sihat walafiat dan sentiasa dilimpahkan rezeki... Amin...," ujar Fadzil.

Tahniah kami ucapkan dan semoga proses kelahiran nanti akan berjalan lancar.





         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...