01 April 2016

TUNANG HIDAP DENGGI MENJELANG KAHWIN - HAFIZ SUIP RASA GEMENTAR



"Ini merupakan dugaan paling berat apabila tunang saya ditahan di wad kerana demam denggi dan lebih membimbangkan saya platlet darah dia mencecah rendah sehingga 16 bpl (billion perliter).

"Saya sungguh risau sehingga bermacam-macam benda negatif bermain difikiran saya, maklumlah demam denggi ini sangat bahaya dan boleh membawa maut, majlis kami pula sudah tidak lama lagi sahaja," ujar Hafiz Suip yang rasa gementar dan bimbang.

Dia berasa bimbang disebabkan tunangnya Nureffy Jasreel, 22, terkena demam denggi dan sekaligus ditahan di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) sejak beberapa hari lalu.





Untuk info, majlis perkahwinan mereka akan berlangsung kira-kira sebulan lebih sahaja lagi iaitu pada 14 Mei depan. Setakat ini, difahamkan persiapan untuk majlis berkenaan sudah pun hampir 80 peratus selesai.

"Saya harap benar dia dapat sembuh dengan cepat, nasib baik juga persiapan perkahwinan kami diuruskan oleh keluarga, dan dia perlu berehat secukupnya selepas keluar hospital nanti," tambahnya dipetik sebagai berkata kepada MStar semalam.



Bercerita lanjut mengenai majlis kahwin tersebut, kata Hafiz, mereka akan mengadakan empat majlis iaitu majlis khatam Al-Quran, majlis berinai dan dua majlis resepsi iaitu sebelah lelaki dan perempuan.

"Kami akan mengadakan empat majlis dan daripada segi tajaan buat masa ini saya hanya ambil tajaan lokasi sahaja.

"Kalau boleh dari segi makan saya mahu keluar duit saya sendiri sebab kita beri makan untuk tetamu lebih afdal pakai duit saya sendiri daripada ambil tajaan," jelasnya.


Foto: Hafiz IG


         ________________________





No comments: