02 May 2016

14 GAMBAR - SAMBUT BIRTHDAY KE-40, EDRY KRU RASA BANGGA



Baru-baru ini telah diadakan sambutan hari lahir penyanyi, penerbit dan penulis lirik, Edry Abdul Halim yang ke-40 bertempat di Cartel Coffee Shop, Bandar Baru Bangi.

Biarpun usia sudah menjengah 40 tahun namun Edry tidak merasakan usianya itu adalah satu perkara yang segan ataupun malu untuk diberitahu kepada sesiapa pun malah dia sebenarnya sangat menantikan usia tersebut.





"Saya sebenarnya sudah lama menantikan usia 40 tahun kerana bagi saya secara peribadi, di usia 30 tahun kita masih mencari-cari apa matlamat dan tujuan hidup kita dan alhamdulillah apabila sudah memasuki usia ini saya sudah stabil dan dapat apa yang saya mahukan.

"Sekarang lebih stabil dan matang dengan kehidupan. Boleh dikatakan saya berada ditahap yang selesa kerana mempunyai keluarga yang bahagia, adanya empat orang anak dan isteri yang cantik serta kerjaya. Dalam pada itu, anak saya yang ketiga Emery, 8, banyak mengajar saya erti hidup bahawa ada yang lebih penting dari kerjaya.

"Mengimbau zaman remaja sewaktu KRU mula ditubuhkan kami lebih fokus untuk buat lagu sahaja, sekarang sudah kahwin dan berkeluarga serta mempunyai kehidupan yang selesa. Jadi, tiada apa yang mahu dicari lagi, cukup yang ada dan saya akan pertahankan apa dikurniakan ini," ujarnya dipetik sebagai berkata.


























Sumber: MH



         ________________________





No comments: