02 May 2016

MASUK HOSPITAL AKIBAT SESAK NAFAS - AZMIL MUSTAPHA KINI STABIL



Akibat sesak nafas dan lemah anggota badan dipercayai ekoran sakit jantung yang dihidapinya, pelakon yang popular melalui filem 'Ali Setan', Azmil Mustapha, 63, telah dimasukkan ke Hospital Langkawi (HL) petang semalam.

Menurut Azmil, dia dimasukkan ke hospital berkenaan kali kedua selepas ditemui lemah dan menggigil di bilik penginapannya di sebuah chalet.

Difahamkan, Azmil tiba di pulau ini sejak empat hari lalu untuk menyampaikan siri ceramah agama di beberapa surau termasuk di Kampung Lubuk Setol, Bayas dan Kedawang.





"Kali pertama saya hanya dirawat di unit rawatan kecemasan HL kira-kira jam 1 pagi selepas mengalami sesak nafas sebelum dibenarkan keluar wad pada jam 4 pagi, hari ini (semalam).

"Namun selepas 12 jam kemudian saya terpaksa dihantar sekali lagi ke sini selepas sesak nafas dan badan menggeletar ketika bilik penginapan.

"Sekarang keadaan (kesihatan) kembali stabil tapi doktor beritahu saya mungkin perlu dirawat sehari lagi di sini," ujar Azmil yang menerima kunjungan Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah, Nor Saidi Nanyan.

Dalam pada itu, Azmil berkata, dia dijadual pulang ke Kuala Lumpur pada Selasa ini, namun ia bergantung pada kesihatannya.


Sumber: BH



         ________________________





No comments: