11 May 2016

AL-FATIHAH - MOHAMAD SAIDIN, BAPA ZAIN & SASHA KEMBALI KE RAHMATULLAH



Menerusi laman Instagram Sasha Saidin kakak kepada Zain Saidin, dia telah memaklumkan bahawa bapanya, Mohamad Saidin Osman, 69, telah menghembus nafas terakhirnya pada jam 8:45 malam semalam.

Difahamkan, arwah bapa meraka ini meninggal dunia akibat serangan jantung.

"Kepada semua sahabat dan keluarga, dengan rasa sebak saya ingin memaklumkan bahawa bapa saya telah menghembuskan nafasnya, Allahyarham Tuan Haji Mohamad Saidin Osman, pada jam 8:45 malam.





"Kami sekeluarga mengucapkan terima kasih kepada semua sahabat dan keluarga di atas sokongan, doa dan segala jasa baik yang telah diberikan. Ayah merupakan insan yang baik. Dalam hidupnya, dia selalu mendahulukan keluarga dan sahabatnya, dan saya percaya dia telah meninggal satu kenangan yang penuh dan bermakna.

"Untuk makluman, mandi jenazah di Masjid As-Sakirin, Jalan Gombak Batu 5 3/4 jam 8:00 pagi Rabu (11 Mei, 2016) dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Ibu Kota, Danau Kota, Gombak," maklum Sasha di laman IGnya.

Takziah kami ucapkan dan semoga arwah bapa Sasha dan Zain ditempatkan bersama golongan orang yang beriman.





         ________________________





No comments: