28 May 2016

BEG TANGAN DIRAGUT - AYDA JEBAT MASIH TERKEJUT



"Saya baru sahaja duduk dan mahu memesan minuman. Selepas saya membuka beg dan mengambil telefon bimbit, tiba-tiba datang dua orang lelaki ke meja saya dan melarikan beg tangan saya," demikian kata pelakon dan penyanyi Ayda Jebat yang masih terkejut apabila menjadi mangsa ragut.

Menurut Ayda, beg tangan miliknya diragut oleh dua orang lelaki ketika dia sedang berada disebuah kafe kira-kira pukul 12.00 tengah malam semalam yang terletak di Wangsa Melawati.





"Dalam beg tersebut terdapat wang tunai, kunci kereta, dompet dan benda-benda penting seperti kad pengenalan, lesen memandu dan kad bank. Malangnya, tiada kamera litar tertutup di kawasan kafe untuk mengenalpasti individu yang tidak bertanggungjawab itu dan saya terus segera membuat laporan polis," tambahnya yang enggan berkongsi kerugian yang dialami.

"Atas nasihat pihak polis, saya tidak boleh dedahkan kos kerugian yang saya alami. Apa yang saya tahu, perkara ini sedang berleluasa kerana malam tadi sahaja, terdapat lebih tiga kes ragut yang berlaku di kawasan yang sama.





"Saya tak rasa trauma, tapi saya rasa terkejut kerana saya diragut ditempat terbuka seperti di sebuah kafe dan tempat itu kelihatan selamat kerana masih ramai orang lagi di sana.

"Kepada wanita diluar sana, saya nasihatkan agar anda semua lebih berhati-hati, tak kira tempat dan masa kerana kejadian buruk boleh berlaku dalam sekelip mata," ujar Ayda dipetik sebagai berkata.



Sumber: Astrogempak - Foto: Ayda IG



         ________________________





No comments: