28 May 2016

DINOBAT JUARA CERIA POPSTAR 2016 - JUN BOLOT RM23,000



Ceria Popstar 2016 telah sampai ke penghujungnya apabila peserta dari Sabah Jun atau nama sebenarnya Siti Junaidah Bekri, 14, diumumkan sebagai juara.

Dengan kemenangan tersebut, Jun berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 pada konsert kemuncak yang berlangsung di Studio Kompleks Studio Merdeka, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) malam semalam.





Selain itu, Jun yang merupakan anak didik kepada Black turut menerima Anugerah Bintang Genius tajaan Qu Puteh IQ Genius dan membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 dan trofi.

Manakala anak didik Mark Adam, Muhammad Shahrezza Abu Samah atau Rezza yang berasal dari Sarawak menduduki tempat kedua dengan hadiah wang tunai RM15,000.

Sementara bagi tempat ketiga dan keempat masing-masing dimenangi oleh Muhammad Aniq Iffat Ruzaimi (Aniq) dan Hazmil Hassan (Hazmil) yang membawa pulang wang tunai RM10,000 dan RM5,000.







Pada peringkat akhir itu, kesemua peserta perlu menyampaikan dua buah lagu yang turut menyaksikan mereka membuat persembahan pada pusingan battle bagi menentukan juara.

Konsert kemuncak Ceria Pop Star 2016 diadili barisan juri profesional terdiri daripada Datuk Siti Nurhaliza dan Awie manakala Zizan Razak menjadi juri jemputan. Ia dihoskan oleh Nabil Ahmad manakala Datuk Aznil Nawawi bertindak sebagai penaung program itu.

Pemarkahan pusingan pertama menggunakan format penjurian profesional sebanyak 50 peratus manakala selebihnya adalah undian peminat. Bagi pusingan battle adalah menerusi penjurian sepenuhnya oleh juri profesional.


Sumber: mStar


         ________________________





No comments: