27 May 2016

YAZIT DAKWA DIA SEOLAH SUDAH LAMA 'DIBULI' SEARCH



Pemain dram kumpulan Search, iaitu Yazit mendakwa yang dia seolah sudah lama dibuli oleh kumpulannya sendiri. Katanya, Awie Wings seperti sudah nampak perkara tersebut di mana dia seperti dibuli.

"Maksud Awie itu betul. Dia tidak berniat apa-apa. Dia sudah lama tengok saya begini, hanya berdiam diri saja. Dia sudah nampak satu perkara seperti saya dibuli.





"Itu suara hati anggota-anggota Wings. Mereka lama mengenali saya. Ahli Wings memberi satu respons yang bagus sebagai kawan-kawan yang baik. Mereka sentiasa menghormati saya.

"Ramai lagi yang akan beri sokongan dalam sehari dua ini apabila mereka tengok Wings sudah umum begitu, mungkin banyak band lain yang akan menyokong,” ujar Yazit mengenai isu Awie menyokongnya untuk mengumpul dana perubatan.

Yazit berkata demikian ketika ditemui ProjekMMO sewaktu menjalani rawatan dialisis di Setapak, Kuala Lumpur, semalam.

Terdahulu, Awie telah menasihati Amy agar membantu Yazit yang sakit bertahun-tahun dan mengetepikan ego masing-masing.







"Kalau saya dalam kumpulan itu, saya akan korbankan sedikit masa untuk menolong. Ini saham akhirat kita. Fikir dekat situ saja,” pinta Awie dipetik sebagai berkata.

Sementara Amy pula merasa kecewa dengan campur tangan Awie tetapi tidak salahkan penyanyi itu kerana Awie mungkin dengar daripada sebelah pihak sahaja katanya.

Berbalik pada Yazit, mengulas mengenai pembatalan konsert ulang tahun ke-35 Search yang sepatutnya dijadual Ogos ini, dia berkata dirinya bukan punca kegagalan sebagaimana yang didakwa oleh kumpulan Search.

"Bagi saya, mereka hanya hendak menutup kesalahan yang mereka sudah rancang.

"Kalau buat perkara betul, kenapa nama saya disingkirkan dalam perjanjian persefahaman (MOU) dan cek kepada empat nama.

"Kalau mereka menuduh kerana saya kontrak itu dibatalkan, saya cabar mereka ke balai polis buat laporan dan saya akan dedah perkara sebenarnya.

"Saya masih simpan perkara ini kerana saya hormati peguam," jelasnya.



Sumber & Foto: ProjekMMO



         ________________________





No comments: