24 May 2016

"BIAR TAK ADA TEMAN LELAKI DARI TERUS MAKAN HATI" - IZREEN AZMINDA



"Jujurnya, pada waktu ini apa yang boleh saya katakan ialah, saya sudah tertutup untuk kenal mana-mana lelaki," demikian kata Izreen Azminda mengenai pintu hatinya kini sudah tertutup untuk mana-mana lelaki selepas rimas apabila dia sering dikaitkan dengan beberapa pelakon lelaki sebelum ini.

Menurut Izreen, dia kini lebih rela untuk bersendiri daripada terus makan hati kerana lelaki.





"Yang lepas tu lepaslah dan kalau boleh saya tak mahu fikirkan soal teman hidup kerana bagi saya ia buang masa kerana ada ketikanya, hubungan yang kita harapkan tidak menjadi kenyataan," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Izreen bagaimanpun berkata yang dia sangat kagum melihat Nabila Huda dan suaminya yang cukup melengkapi antara satu sama lain.







"Saya suka tengok pasangan Nabila Huda dan suami. Mereka ibarat saling melengkapi dan punya minat yang sama. Sebab itulah mereka boleh 'go on' dan bahagia.

"Alangkah bahagianya kalau saya juga punya teman yang sedemikian. Tapi itulah, bila tanya saya soal jodoh dan teman lelaki, saya mulai rasa takut dan tak mahu fikir lebih-lebih," jelasnya.


Foto: Izreen IG


         ________________________





No comments: