Pelakon dan hos Diana Amir, 29, yang berharap agar dikurniakan cahaya mata lagi termakbul apabila dia disahkan hamil lima minggu sekembali dari kunjungan ke Seville, Sepanyol pada April lalu.
Menurut Diana, dia berdoa dianugerahkan cahaya mata kedua ketika menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Ukhwah 4 Ummah (U4U) melawat tapak pembinaan masjid pertama di bandaraya itu.

"Ketika tiba di sana, masing-masing memasang niat termasuk saya yang memang berharap dapat menambah ahli keluarga memandangkan anak sulung kami sudah berusia setahun lebih.
"Nyata doa saya dimakbulkanNya. Sepanjang seminggu di bumi yang pernah menjadi pusat kegemilangan pemerintahan Andalusia, sebenarnya itu pertama kali saya berjauhan dengan anak.


"Walaupun agak sedih meninggalkannya kerana dia masih menyusu badan, nampaknya perancangan Allah yang terbaik," ujar Diana dipetik sebagai berkata.
Untuk rekod, Diana berkahwin dengan usahawan, Mohd Habibbullah A Rahman pada Oktober 2013 dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan anak perempuan yang kini berusia setahun dua bulan.
Sumber: BH
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment