17 May 2016

DAKWA DIGANGGU JEJAI - FASHA SANDHA BUAT LAPORAN POLIS



Gara-gara tidak tahan dengan bekas suaminya yang selalu memasuki rumahnya tanpa kebenaran, Fasha Sandha khabarnya telah membuat laporan polis terhadap Jejai di Balai Polis Ampang pada tengahari semalam bersama peguamnya.

Difahamkan, Fasha membuat laporan polis terhadap Jejai kerana tidak tahan dengan sikapnya yang sering memasuki kediaman beliau. Malah, Jejai juga didakwa mengawal pergaulan bekas isterinya itu sehingga bertindak memarahi serta menggugut rakan-rakan yang keluar bersama Fasha.





Namun hingga kini, Fasha memilih untuk berdiam diri tanpa mengeluarkan sebarang komen lanjut mengenai dakwaan tersebut. Dia hanya menjawab dengan ringkas bahawa kes terbabit telah diserahkan kepada pihak peguam dan polis jadi tiada apa yang perlu diberitahu dengan lanjut.

"Saya tidak mahu komen lanjut kerana kes ini sudah diserahkan kepada pihak peguam dan polis," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Untuk info, Fasha dan Jejai mendirikan rumah tangga pada 27 April 2012, namun sekitar Januari, Fasha telah memohon penceraian di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selepas empat tahun bernikah. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha.

Setakat ini masih tiada penjelasan lanjut dari kedua-dua pihak.




Sumber: Harian Metro,



         ________________________





No comments: