17 May 2016

RM100,000 BUAT UBATI KORNEA MATA BERDARAH BAPA SAYA - ELIZAD



Lain orang lain niatnya. Begitu juga halnya dengan Juara Gempak Superstar, Siti Elizad yang berhasrat menggunakan wang kemenangannya baru-baru ini bagi rawatan kornea mata berdarah bapanya.

"Bapa saya tak berapa nampak jadi kalau boleh duit kemenangan tu saya nak ubat mata bapa saya.

"Dah hampir tiga ke empat tahun keadaannya begitu, bukan tak pernah berubat, sebenarnya dah beberapa kali bapa jalani pembedahan tapi penglihatannya masih kabur.





"Saya tak tahu ‘exactly’ nama sakit tersebut tapi yang saya faham seperti ada pendarahan dalam kornea, jadi dia tak boleh naik kapal terbang dan berada di tempat yang bertekanan tinggi kerana khuatir perkara itu boleh menyebabkan saluran itu pecah.

"Bila dia nak tengok tv pun kabur-kabur, saya tak sampai hati. Saya pun tak sangka untuk pertama kali dia tiba-tiba nak hadir ke konsert akhir ni sebab nak tengok saya.



"Saya tak tahulah dia nampak saya atau tidak waktu atas stage, tapi apa yang pasti saya rasa sangat gembira bila nampak dia berada di sini.

"Saya harap, selepas pergi berubat nanti, mata bapa akan kembali pulih seperti sediakala,” ujarnya dipetik sebagai berkata kepada Astro Gempak.

Untuk makluman, sebelum ini bapanya sudah menjalani beberapa pembedahan namun hasilnya tidak begitu memberangsangkan. Sebab itulah dia mahu mencuba rawatan lain menggunakan wang kemenangannya itu demi bapa tersayang.


Sumber: AstroGempak - Foto: Elizad IG



         ________________________





No comments: