18 May 2016

JATUH DI STESEN MONOREL - ZAKI CALIPH BUSKERS PATAH TANGAN



"Dukacita kami ingin memaklumkan kepada anda semua bahawa seorang dari ahli Caliph Buskers telah mengalami kecederaan akibat terjatuh di platform KL Monorel.

"Zaki Ismail mengalami patah tangan setelah terjatuh dari platform menunggu tren ke lantai landasan tren monorel semasa dalam perjalanan pulang ke rumah petang semalam," demikian pengumuman laman Facebook Caliph Buskers mengenai berita sedih yang menimpa seorang ahli mereka pada Ahad lalu.





"Kejadian berlaku kira-kora jam 4.15 petang ketika saya sedang menunggu monorel untuk ke stesen berhampiran. Sebaik sahaja dengar bunyi monorel berhenti, saya segera melangkah tanpa memikirkan kejadian malang itu berlaku.

"Sebaik melangkah, tiba-tiba saya terus terjatuh ke atas landasan. Rupa-rupanya monorel yang tiba itu berhenti di platform bertentangan, bukannya di tempat saya menunggu,” kata Zaki dengan nada sedih.



Difahamkan, Zaki menahan kesakitan selama 20 minit sebelum orang ramai bergegas membantunya. Zaki kemudiannya menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dan kini dilaporkan stabil.

Berikutan itu, alhi kumpulan Caliph Buskers menyeru agar pihak berwajib mengambil berat perihal kebajikan warga OKU berhubung aspek keselamatan yang disediakan oleh pihak pengendali pengangkutan awam.



Kata mereka, ia bukanlah kali pertama kes OKU Penglihatan jatuh di landasan monorel mahupun landasan LRT. Hampir setiap tahun ada sahaja kes seumpama itu berlaku tanpa diberi perhatian serius.

"Diharapkan insiden yang menimpa Zaki Ismail ini adalah kes terakhir dan penambahbaikan yang serius harus dilaksanakan oleh pihak yang terlibat," tambah salah seorang ahli Caliph Buskers.


Foto & info: CB FB


         ________________________





No comments: