Meskipun ada yang melabelkan Amir Raja Lawak sebagai artis suam-suam kuku gara-gara tidak menonjol sebagaimana pelawak yang lain, namun kalau sudah rezeki tak ke mana.
Amir atau nama sebenarnya, Mohammad Amirullah Azmi atau Amir, 28, akhirnya menerima bayaran mencecah enam angka selepas dilantik menjadi duta bagi produk bijirin susu kambing.
"Alhamdulillah, saya mengikat kontrak selama setahun dan bayaran yang diterima amat memuaskan. Saya bersyukur di atas rezeki yang diterima.
"Apa yang penting, saya telah mencuba dan mengamalkan produk ini sebelum bersetuju menjadi duta," kata Amir dipetik sebagai berkata.
"Jika saya hanya memikirkan mengenai duit semata-mata, pastinya saya akan terus bersetuju tanpa berfikir panjang. Namun begitu, saya sendiri enggan terlalu terburu-buru kerana produk ini bakal membawa nama saya, jadi saya mengambil keputusan untuk mencubanya.
"Selepas mencubanya, saya merasai keberkesanan dan khasiat produk ini. Isteri saya juga turut mengamalkan produk ini. Saya selalu mengalami masalah mudah lesu dan letih tetapi dengan mengamalkan produk ini, masalah tersebut semakin hilang," tambahnya.
Selain Amir, anak Datuk Jamal Abdillah, iaitu Ahmad Zaki Yamani turut dilantik menjadi duta produk tersebut.
Sumber: Astrogempak - Foto: Amir IG
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment