30 May 2016

MAKAN DURIAN DI LANTAI KLIA - DATO' ALIFF KENA KRITIK



Menerusi Instagram dan Facebook pemilik produk kecantikan dan kesihatan D'Herbs Terlajak Laris, Dato' Aliff Syukri Kamarzaman atau lebih popular dengan panggilan 'terlajak laris' bersama beberapa ahli keluarganya sedang makan durian sambil bersila di lantai Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Namun selepas memuatnaik gambar tersebut, Dato' Aliff Syukri telah menerima kritikan netizen yang tidak suka dengan tindakannya itu.

Malah Dato' Aliff Syukri turut dilabel oleh warga laman sosial sebagai seorang yang sentiasa mencari perhatian.





Apa yang turut menjadi bahan kritikan selain gambar tersebut adalah apabila Dato' Aliff Syukri tersalah menyatakan kedudukan geografi lokasi yang bakal ditujuinya di dalam kenyataannya itu. Bagaimanapun ada juga yang menyebelahinya.

Dato' Aliff Syukri bagaimanapun tidak mudah melatah dan tenang menjawab kritikan yang diterimanya.

Sebelum ini, Dato' Aliff Syukri pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia mempunyai masalah untuk mengeja dan menulis ketika waktu kecil.




















Foto: Dato Aliff Syukri IG & FB


         ________________________





No comments: