Menerusi twitter Eira Syazira, dia mengesahkan bahawa dirinya kini sedang mengandung anak kedua hasil perkahwinannya dengan Azad Jazmin.
Meskipun tidak memberikan butiran lanjut mengenai kandungannya itu, namun pengesahan tersebut membuat anak sulungnya cukup teruja kerana bakal menjadi kakak.

Untuk rekod, Eira dan Azad mendirikan rumahtangga pada tahun 2011. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Ammara Sofea Rose yang kini berusia 3 tahun.
Tahniah diucapkan!



Sumber: HLive IG & Eira Syazira Twitter
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment