24 May 2016

2 TAHUN REHAT - NURUL SYUHADA KINI KEMBALI KE KACA TV



"Saya kembali semula selepas dua tahun kerana memberi perhatian terhadap keluarga.

"Saya ambil keputusan berehat kerana ingin membesarkan mereka sendiri depan mata dan tidak mahu ketinggalan detik-detik mereka membesar.

"Sekarang Alhamdulillah, mereka sudah berusia setahun lapan bulan dan ada pengasuh yang menjaga, lagi pula masa bekerja saya agak flexible," ujar Nurul Syuhada Nurul Ain mengenai tugas terkininya mengendalikan rancangan Salam Dhuha di Astro Oasis selepas dua tahun berehat.





Untuk info, Nurul Syuhada berkahwin dengan Raja Amir Syah Raja Azwa pada 16 Julai 2011.

Sebelum ini, dia berundur daripada TV3 dan kemudiannya sibuk menjaga dua anak kembar sepasang yang lahir pada September 2014 iaitu Raja Abdul Mateen (lelaki) dan Raja Nour Emaan (perempuan).

"Suami saya tidak ada masalah dan dia sentiasa menyokong apa yang saya lakukan janji tahu membahagikan masa kerja dengan keluarga.





"Sebab itu juga saya buat freelance sahaja dan tidak mahu terikat dengan mana-mana stesen televisyen seperti dulu," tambahnya ketika ditemui media di di Grand Duchess Kuala Lumpur,, semalam.

Salam Dhuha bakal bersiaran setiap Sabtu dan Ahad sepanjang Ramadan ini pada pukul 8 pagi di Astro Oasis.


Sumber: Mstar - Foto: Nurul IG



         ________________________





No comments: