06 May 2016

GARA-GARA TANYA BAYARAN KONSERT - YAZIT SEARCH KENA MAKI



Apa perasaan anda apabila semata-mata bertanya mengenai bayaran konsert tetapi kemudian dimaki dengan perkataan 'tua sakit nak mampus'!

Artikel terdahulu:
Demikianlah halnya dengan anggota kumpulan Search, Yazit Ahmad, yang mengalami penyakit buah pinggang dan memerlukan sekurang-kurangnya RM2,800 setiap bulan untuk menampung kos rawatan hemodialisis sebanyak empat kali sehari selama empat jam

Dia mendakwa ditengking isteri kumpulan Search sendiri, hanya gara-gara bertanya tentang bayaran Konsert 35 Tahun Search.





"Saya juga telah menerima panggilan telefon daripadanya memaki dan menengking kepada saya apabila saya bertanyakan mengenai bayaran yang sepatutnya saya dapat. Antara makian yang dilemparkan kepada saya seperti 'kau tu dah tua, sakit nak mampus',” tulisnya dalam satu laporan polis yang dibuatnya.

Laporan polis tersebut telah dibuatnya di Balai Polis Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada petang Rabu.

Menurut Yazit seperti yang dinyatakan dalam laporan polis tersebut, individu itu telah menengkingnya ketika bertanyakan tentang bayaran yang sepatutnya diterima.

Laporan polis Yazit




Dalam laporan itu juga, dia mendakwa berlaku pecah amanah kerana tidak menerima sebarang bayaran untuk konsert yang sepatutnya berlangsung pada 30 Ogos ini.

Malah dia turut menyatakan tidak menerima bayaran untuk beberapa persembahan sebelum ini.

Terdahulu, melalui laporan polis yang tersebar di aplikasi Whatsapp itu, Yazit mendakwa telah ke pejabat penganjur Konsert 35 Tahun Search, untuk berbincang mengenai konsert.

Namun, Yazit terkejut apabila diberitahu jumlah bayaran RM75,000 telah dibayar kepada kumpulan Search pada Disember 2015, sedangkan dia tidak pernah menerima apa-apa bayaran bermula tarikh tersebut sehingga ke hari ini.

Tambah Yazit, pengurus tersebut juga memaklumkan kepadanya pembayaran kepada Yazit sepatutnya diuruskan oleh anggota Search sendiri.


Sumber: Astrogempak


         ________________________





No comments: