26 May 2016

"JAGA BADAN SELEPAS CUKUP KUOTA" - SARAN FIZZ FAIRUZ BUAT ISTERI



Fizz Fairuz yang bakal menimang cahaya mata kedua memberitahu yang dia sangat bersyukur dan tidak kisah jika isterinya, Almy Nadia itu mengalami kenaikan berat badan kerana hamil lagi selepas melahirkan anak pertama, Nur Afrina Ariana tahun lalu.

"Alhamdulillah, kandungan Almy sudah pun memasuki usia lima bulan dan dijangka bersalin Oktober nanti.

"Buat masa sekarang kami tidak mempunyai pembantu rumah, jadi anak memang dijaga sepenuhnya oleh kami berdua dan dibantu oleh mak juga. Bagaimanapun, ia tidak mengganggu perjalanan kerja kami setakat ini.





"Jika sebelum ini dia bimbang dengan kenaikan berat badannya, tetapi bagi saya, ia tidak menjadi masalah besar.

"Saya katakan padanya, selagi dikurniakan rezeki anak, terima sahajalah, bila sudah cukup 'kuota', baru berhenti dan jaga badan," ujar Fizz dipetik sebagai berkata.

Dalam pada itu, kata Fizz, kesudian isterinya meluangkan masa kepada rumah tangga berbanding kerjaya amat dihargainya.

"Tidak perlu susah-susah memikirkan anak dijaga oleh orang lain dan sebagainya. Lagi pun dia terlibat sebagai rakan kongsi saya menerusi syarikat diuruskan kami kini, jadi dia boleh memantau atau melakukan kerja daripada rumah sahaja," jelasnya.








Sumber: SH


         ________________________





No comments: