26 May 2016

7 TAHUN DISABOTAJ MUNCUL TV - HAZAMI KONGSI KISAHNYA



Penyanyi Hazami atau nama sebenarnya Norkamal Hazami Ahmad, 41, yang sudah lama menyepi sebelum muncul kembali telah berkongsi kisah yang didakwanya pernah ada pihak cuba mensabotaj peluangnya daripada muncul di kaca televisyen baik dari segi untuk membuat persembahan mahupun lagunya dijadikan runut bunyi drama.

Menurut Hazami yang berkecimpung dalam dunia seni sejak hampir 15 tahun, perkara tersebut berlanjutan selama tujuh tahun sehinggalah memaksa dia membuat keputusan untuk berehat lebih kurang tiga tahun setengah daripada aktif di lapangan seni.





"Saya pernah melalui pengalaman saya tidak diterima oleh sesetengah stesen TV tanpa saya tahu apa alasan dan sebab yang kukuh. Saya tidak berpeluang muncul mahupun membuat persembahan mana-mana program televisyen stesen tersebut termasuklah ada lagu saya yang pada awalnya ditawarkan untuk dijadikan runut bunyi sebuah drama tetapi pada saat akhir, saya diberitahu lagu saya ditolak. Walhal pada ketika itu saya sudah pun mendapat bayaran sebanyak 50 peratus dan mereka kata saya tidak perlu pulangkan semula bayaran itu.

"Banyak kali perkara itu terjadi kepada saya dan berlanjutan selama lebih kurang tujuh tahun. Seolah-olah ada pihak yang kurang senang dan ingin mensabotaj saya. Itu juga antara sebab saya ambil keputusan berehat seketika. Tapi saya percaya rezeki di tangan Tuhan.

"Mungkin apa yang pernah terjadi itu adalah daripada kesilapan saya sendiri kerana sebelum ini saya seorang yang sering mempertahankan pendapat dan pandangan saya tentang apa yang saya lakukan dalam karier saya meskipun ada pihak yang memaksa saya untuk mengikut kehendak mereka.





"Bukan saya mahu tunjuk diva tetapi ketika itu saya hanya mahu 'fight for the right thing'. Mungkin disebabkan saya degil dan tidak mendengar kata-kata kata pihak tersebut, saya terima akibatnya. Saya anggap diri saya mangsa akan keadan itu" luahnya sekadar berkongsi pengalamannya yang satu ketika dulu cukup popular sekaligus mencipta fenomena menerusi lagu 'Sonata Musim Salju' serta beberapa lagi single seperti 'Tekad', 'Mungkir Bahagia', 'Katakanlah.

Dalam pada itu, Hazami yang pulih selepas jatuh sakit beberapa bulan lalu berkata atas dorongan kawan-kawan rapat serta kenalan di sekelilingnya yang mahukan dia kembali aktif dalam dunia seni menmbuatkannya menyahut cabaran tersebut dengan pertaruhan single 'Cintai Dia'.

Lagu tersebut mengembalikan nostalgia pendengar kepada deretan lagu baladanya yang pernah hits sebelum ini dengan alunan vokalnya yang merdu serta penghayatan melodi yang indah



Tambah bersemangat, dia kini sudah mendapat kembali identiti muziknya yang sebelum ini pernah hilang ketika tempoh dia berehat.

"Syarikat pengurusan, kenalan rapat serta teman-teman artis senaungan dengan saya, mereka antara yang banyak memberi dorongan juga galakan kepada saya dan mahukan saya kembali aktif menyanyi.

"Sebenarnya lagu Cintai Dia ini sudah siap setahun lalu tetapi saya tidak lancarkan ia kerana ketika dalam tempoh berehat saya merasakan identiti muzik saya sudah hilang kerana pada satu ketika saya ada cuba ubah cara nyanyian saya dek kerana mahu mengikut muzik terkini, namun rata-rata peminat saya tidak suka dengan perubahan itu. Mujurlah saya juga segera sedar akan kesilapan itu.

"Selepas menghasilkan Cintai Dia, saya rasa saya sudah dapat kembali identiti dan rentak saya. Sekarang saya akan hasilkan karya-karya dengan sentuhan muzik yang muzik yang minimalis memandangkan pendengar sekarang suka kan muzik yang sebegitu," jelas Hazami yang juga sepanjang tempoh ini banyak melakukan kerja-kerja disebalik tabir.

Dalam perkembangan lain, Hazami dalam perancangan melancarkan album terbaru yang mengandungi lapan buah lagu. Selain itu, dia merancang mengadakan showcase, tidak lama lagi.


Sumber: MD



         ________________________





No comments: