26 May 2016

SHUKRI YAHAYA TERUJA BAKAL TIMANG 'BABY GIRL' OGOS INI



"Ini satu lagi khabar gembira buat kami sekeluarga. Selepas membuat pemeriksaan, doktor mengesahkan anak kami adalah perempuan

"Saya sentiasa berdoa semoga isteri dan anak yang bakal lahir sentiasa dalam keadaan sihat," demikian kata pelakon Shukri Yahaya, 28, yang teruja apabila dimaklumkan bahawa isterinya, Nurfatihah Ahmad Adnan atau Tya Adnan, 24, bakal melahirkan seorang anak perempuan.

Menurut Shukri yang masih mencari nama yang sesuai buat cahaya mata yang bakal lahir, usia kandungan isterinya kini mencecah enam bulan dan dijangka akan bersalin pada hujung Ogos nanti.





"Selepas berkahwin, tanggungjawab saya bertambah lagi. Sebagai bakal ibu bapa baru, ia memberikan satu lagi cabaran buat saya dan isteri.

"Selain sudah menyediakan beberapa keperluan utama anak, saya tidak ketinggalan membuat pilihan hospital untuk isteri bersalin.

"Dari segi kelengkapan barang anak, saya tidak mahu terlalu berlebihan sehingga wujudnya pembaziran. Cukup sekadar membeli apa yang diperlukan sesuai dengan usia yang baru lahir," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Untuk rekod, Shukri dan Tya bernikah pada 20 November tahun lalu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.






Sumber: Harian Metro



         ________________________





No comments: