26 May 2016

ABANG MENINGGAL DUNIA PUNCA AISYA HASNAA BERHIJAB



"There's so many things I wanna say. But no words could describe just how much we miss you. May we meet again in jannah my dear brother. Aamiin.. We love you so much Adam," demikian coretan pelakon drama Romi Cinta Julia, Aisya Hasnaa mengeni rindunya pada abangnya yang meninggal dunia pada 6 April lalu.

Malah dia juga mengesahkan bahawa dirinya bertudung penuh sejak 7 April lalu disebabkan menyedari kewajiban sebagai seorang muslim gara-gara 'kehilangan' abangnya itu.





"Sebulan sebelum itu saya memang sudah ada niat mahu bertudung. Bagaimanapun, sehari selepas abang meninggal dunia, saya bertekad untuk menutup aurat sepenuhnya.

"Lagipun sebelum meninggal dunia, abang selalu beri nasihat supaya saya menjaga keperibadian diri dan menjadi anak yang solehah,” ujar Aisya dipetik sebagai berkata.





Lebih membuat dia bersemangat ialah apabila penghijrahannya itu mendapat sokongan positif keluarga dan rakan-rakan.

Bagaimanapun, adik kepada chef selebriti terkenal, Anis Nabilah mengakui dia terpaksa melepaskan beberapa tawaran berlakon kerana penghijrahannya itu.

Untuk info, Aisya juga pernah membintangi filem Dollah Superstar bersama Awie, Fizz Fairuz dan Neelofa.


Sumber: mynewshub



         ________________________





No comments: