26 May 2016

KETIKA BERURUT... BARU JUE AZIZ SEDAR BAYINYA KEGUGURAN



"Saya keguguran tiga bulan lalu dan perkara itu disedari oleh orang yang mengurut saya kerana dia bertanya sama ada saya pernah keguguran atau tidak.

"Saya akui ada berlaku pendarahan dan saya sangkakan ia hanya ketulan darah haid sahaja dan tidak pun ke klinik namun ia adalah keguguran awal kandungannya," ujar pelakon Jue Aziz mengenai kandungannya yang keguguran.





Lebih menyedihkan, dia hanya menyedari keguguran tersebut selepas berurut dengan seorang tukang urut.

Untuk rekod, Jue berkahwin dengan pemuzik Indonesia Bayu Pramana Putra Achmal pada 9 Mac 2014.

"Sudah tentu saya rasa sangat sedih bila dapat tahu saya sudah keguguran tapi nak buat macam mana terpaksa reda kerana ia adalah ujian daripada Allah.





"Saya akan terus berusaha untuk itu dan saya harap dapat mengandung sekali lagi dalam masa terdekat. Saya juga elakkan diri daripada rasa tertekan dan terlalu aktif," tambahnya yang mengambil seorang anak angkat iaitu Dawrish Naufal yang kini berusia 4 tahun.

Jue berkata demikian ketika ditemui media pada majlis pelancaran produk kecantikan Royal Glow, yang diadakan Restoran Talent Lounge, semalam.


Sumber: Mstar - Foto: Jue IG



         ________________________





No comments: