26 May 2016

'WINGS VS SEARCH' - AWIE HASRAT KUMPUL DANA UNTUK YAZIT



Mungkin gara-gara ditegur oleh Amy Search yang kecewa dengan Awie kelmarin akibat luahannya mengenai nasib yang menimpa Yazit Ahmad, 54, terkini Awie mengumumkan hasrat membantu pemain dram itu.

Kata Awie, derita sakit buah pinggang yang ditanggung oleh Yazit, harus dibela sewajarnya kerana mereka adalah sahabat lama.

Sehubungan itu, Awie, 48, berkata, dia bersama anggota Wings seperti Joe, Eddie dan Black kini dalam proses perbincangan untuk menganjurkan persembahan amal bagi mengumpul dana bagi membantu Yazit.





"Sebagai rakan yang sudah lama mengenali Yazit, kami terpanggil untuk membantunya. Apatah lagi, sekarang timbul konflik membabitkan dia dengan anggota Search.

"Bukan saja Wings, ada beberapa pelawak dan pelakon lain juga akan turut serta dalam program amal ini nanti. Mereka juga meluahkan rasa simpati dengan keadaan Yazit sekarang," ujarnya dipetik sebagai berkata.

"Idea ini sudah lama difikirkan cuma masih belum dapat direalisasikan. Bukan apa, kami perlu memikirkan mekanisma dan idea terbaik bagi menjayakannya.





"Kami tidak mahu ia dilihat sebagai program syok sendiri. Sebab itu, ia memerlukan perbincangan rapi ditambah pula ia membabitkan banyak pihak," tambahnya.

Untuk info, kelmarin vokalis Search, Suhaimi Abdul Rahman (Amy) kecewa dengan kenyataan yang dibuat oleh Awie, berkenaan hubungannya dengan Yazit. Dakwanya, komen daripada Awie benar-benar melukakan hatinya.

"Saya kecewalah dan pada saya ia amat melukakan hati saya. Sampai hati dia cakap saya macam itu, sampaikan ibadah saya dipijak-pijak.



"Tapi saya tidak salahkan dia (Awie) kerana dia mungkin dengar dari sebelah pihak sahaja," jelasnya mengenai nasihat Awie yang meminta agar memberi lebih perhatian kepada Yazit.

Tambah Awie, Amy adalah pemilik sekolah tahfiz tetapi mengabaikan Yazit, sekali gus memohon agar Amy membantu rakannya itu kerana ia juga adalah 'saham akhirat'.

"Kalau saya dalam kumpulan itu, saya akan korbankan sedikit masa untuk menolong. Ini saham akhirat kita. Fikir dekat situ saja.



"Tidak guna kita cerita pasal tahfiz dan jubah tetapi soal akhirat dibuat main macam ini.

"Mereka perlu ambil iktibar dan muhasabah diri kerana sahabat saya (Yazit) sakit, jadi tolak ke tepi soal ego," ujar Awie dipetik sebagai berkata kepada Projek MMO.

Bagaimanapun, Amy menafikan dia dan ahli-ahli Search mengabaikan Yazit sepanjang enam tahun menerima rawatan di hospital.


Sumber: HM & MMO



         ________________________





No comments: