19 May 2016

JEJAI NAFI GANGGU FASHA, BAKAL SAMAN PENYEBAR FITNAH



"Saya sendiri menuntut supaya pihak berkuasa siasat perkara ini untuk tahu kebenarannya. Biar masyarakat tahu sama ada ‘cerita’ itu benar atau sebaliknya," ujar bekas suami Fasha Sandha iaitu Rizal Ashram Ramli atau Jejai dipetik sebagai berkata.

Malah Jejai juga mendakwa bahawa laporan polis yang dibuat oleh Fasha Sandha yang mendakwa dia masih mengganggu kehidupan pelakon itu, adalah satu berita yang tidak berasas sama sekali.

Sehubungan itu, Jejai, 40, meminta supaya pihak berkuasa menyiasat sepenuhnya tuduhan yang telah dibuat oleh bekas isterinya itu.





Untuk info, kenyataan Jejai ini merupakan kenyataan pertamanya kepada media selepas dia bercerai dengan Fasha.

Ia sebagai mengulas laporan akhbar mengenai bekas isterinya yang membuat laporan polis baru-baru ini di balai Polis Ampang yang mendakwa dia sering mengganggu wanita itu.

"Saya sudah berbincang dengan peguam bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang telah mengaibkan diri saya dengan menyebarkan pelbagai andaian buruk semenjak saya bercerai dengan Fasha.



"Saya sendiri hairan kenapa cerita seperti itu boleh timbul, sedangkan tidak ada satu pun yang benar mengenainya," tambah Jejai lagi.

Sebelum ini, meskipun beberapa kali berdepan kontroversi, Jejai mengambil pendirian untuk mendiamkan diri dan enggan melayan isu-isu panas yang timbul. Namun kesabaran Jejai ada hadnya apabila didakwa oleh pelbagai pihak dengan tuduhan tidak berasas.

Dakwa Jejai, laporan polis oleh Fasha juga amat menghairankan, kerana tidak ada satu pun kebenaran dalam dakwaan wanita itu.

Fasha dan Jejai mendirikan rumah tangga pada 27 April 2012 dan berpisah pada 20 Januari lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 3, dan Putri Raysha Jemyma, 2.


Sumber: Utusan - Foto: Raja Noora IG & Utusan



         ________________________





No comments: