27 May 2016

SELAMAT BERSALIN - AZZA AF1 TIMANG 'BABY GIRL'



Bekas Akademi Fantasia musim pertama (AF1), Azza atau nama sebenarnya Azariah Suaymi, 34, selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 18 Mei lalu di Hospital Ampang pada jam 5.57 petang.

Bayi yang dilahirkan dengan berat 2.72 kilogram itu telah dinamakan dengan nama Cempaka Nur Adriyana.





Menurut Azza, nama tersebut diberi kerana sudah lama menyimpan hasrat meletakkan nama bunga untuk anaknya.

"Sejak kecil lagi saya minat bunga manakala Nur Adriyana pula nama pilihan suami," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Pertama kali menjadi ibu, Azza yang juga seorang pelakon itu mengakui berasa kekok kerana tidak pernah mendukung bayi baru lahir.




     - SILA KLIK UNTUK INFO LANJUT -



"Saya juga tidak mempunyai pengalaman menjaga bayi, mujur ada suami sebagai penguat semangat," katanya.

Pelakon 'Ramadan Berteduh Syawal' itu berkata, kehadiran cahaya mata pada bulan ini istimewa bagi dirinya dan suami, Alif Ehsan A Rahim, 30.

"Tidak sangka anak turut berkongsi bulan kelahiran yang sama dengan saya dan suami. Malah, semalam adalah ulang tahun pertama perkahwinan kami," tuturnya.

Untuk rekod, Azza dan suami bernikah pada 24 Mei tahun lalu di Roof Garden Hotel, Bukit Jelutong, Shah Alam.



Sumber: Harian Metro



         ________________________





No comments: