27 May 2016

AZNIL BERHABIS RM4,000 SEBULAN UNTUK WAJAH - NAFI SUNTIK BOTOKS



"Orang kata saya pakai botoks pada wajah, tapi cuba tengok betul-betul wajah saya ada kedutan dan mempunyai reaksi. Jika saya guna botoks, muka akan jadi tegang dan tidak boleh memberi reaksi sedih atau gembira," ujar Datuk Aznil Nawawi sekaligus menepis dakwaan kononnya dia melakukan suntikan botoks pada wajahnya.

Malah wajahnya yang kelihatan lebih muda daripada usia sebenar katanya berpunca daripada dia menghabiskan kira-kira RM4,000 setiap bulan bagi mendapatkan pelbagai rawatan kecantikan menggunakan teknologi terkini.





"Saya akui membuat beberapa rawatan wajah seperti dermatologi, oksigen dan mengambil vitamin yang boleh dikira berjumlah RM4,000 sebulan," tambahnya dipetik sebagai berkata.

Aznil ditemui media ketika majlis pelancaran produk kosmetik Anell by Aznil Nawawi yang diadakan di Talent Lounge, Kuala Lumpur semalam.

Oh gitu rupanya... cayalah Aznil!








Sumber: Mstar - Foto: Aznil IG



         ________________________





No comments: