27 May 2016

"SAYA BERHASRAT INGIN KE MEKAH" - ZAMANI SLAM



Penyanyi Zamani Slam, 45, yang beberapa kali melalui episod hitam membabitkan kehidupan dan kerjaya seninya, berhasrat untuk mengerjakan umrah hujung tahun ini.

Dalam masa sama, dia juga bercadang untuk membawa bersama abang dan kakaknya mengerjakan umrah nanti.

"Saya pun sudah berusia 45 tahun dan masih belum dapat ke Makkah sama ada untuk mengerjakan umrah atau ibadah haji. Sekiranya diizinkan Allah SWT, saya bercadang untuk mengerjakan umrah hujung tahun ini. Diharapkan semua pihak mendoakan agar ia menjadi kenyataan.





"Saya nak menghargai mereka yang banyak bersusah-payah untuk saya. Sekiranya ada rezeki lebih, saya juga berhajat nak buat upah umrah untuk arwah ibu dan bapa saya," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Menurut Zamani yang gembira kerana mendapat peluang kedua dan diterima baik peminat dan masyarakat selepas didapati bersalah atas kesalahan memiliki dan mengambil dadah tahun lalu, sudah merancang untuk mengerjakan umrah selepas menerima rawatan di rumah Pengasih sebelum ini.

Dalam pada itu, penyanyi lagu 'Gerimis Mengundang' ini turut berhasrat mendirikan rumah tangga dan meminta peminat mendoakan supaya dia bertemu jodoh secepat mungkin.

"Bohonglah kalau saya kata tidak teringin untuk berkahwin. Cuma, calon isteri perlu menerima saya seadanya. Saya minta peminat mendoakan saya bertemu jodoh dan terus sukses dalam karier," jelasnya.








Sumber: Harian Metro

         ________________________





No comments: