30 May 2016

SELEPAS HARI RAYA - HAZAMA & KEKASIH BERHASRAT NIKAH



Tiga tahun menjalin cinta dengan Genervie Kam, akhirnya penyanyi Hazama bakal menamakan zaman bujang apabila beliau dan kekasihnya itu merancang berkahwin selepas Hari Raya Aidilfitri ini.

"Kami mempunyai hasrat untuk berkahwin selepas hari raya nanti namun belum menetapkan tarikh. Lagipun kami menginginkan sebuah majlis ringkas dan sekadar akad nikah saja. Lakukan perkara wajib dan daripada membazir lebih baik wang itu dilaburkan membeli rumah.





"Saya pun sudah mencecah 32 tahun dan rasanya tidak perlu untuk bertunang atau merisik. Di atas nasihat keluarga, kami sepakat untuk mengadakan majlis seringkas mungkin," ujar Hazama dipetik sebagai berkata.

Dalam masa yang sama, Hazama tidak ingin kejadian yang pernah dilalui oleh isteri teman rapatnya, Stacy, terjadi kepada bakal isterinya yang juga merupakan seseorang yang baru belajar mengenai agama Islam.



"Kita lihat apa yang terjadi pada Stacy. Saya harap perkara sama tidak berlaku kepada Gen kerana saudara baharu tidak seharusnya berhadapan dengan tekanan sebegitu dan ia memberi imej buruk kepada kita semua," jelasnya.

Tambah Hazama lagi, bakal isterinya yang lebih mesra dipanggil Gen juga seorang pemuzik kini dikatakan sudah terbuka untuk mengenali secara mendalam tentang keindahan agama Islam walaupun kedua-dua pihak masih belum mengeluarkan sebarang kata putus berhubung fasa seterusnya berikutan perbezaan agama diantara mereka berdua.








Sumber: Berita Harian


         ________________________





No comments: