Ramai yang membuat andaian bahawa Dynas Mokhtar bakal berkahwin gara-gara memuatnaik sekeping gambar dirinya memakai tiara berserta dengan kapsyen yang mencetuskan pelbagai tanda tanya.
Dynas bagaimanapun menafikan perkara berkenaan dan menjelaskan ianya hanya sekadar sesi fotografi untuk sebuah majalah.
Dalam pada itu, kata Dynas yang beliau sebenarnya sudah bersedia untuk berkahwin buat kali kedua jika ada jodoh dan mengharapkan perkahwinan kali ini akan kekal sehingga akhir hayat.
"Saya memang sudah bersedia pada bila-bila masa untuk berkahwin. Tapi, tiada siapa yang hendak dekat dengan saya. Insya-Allah, kalau ada jodoh, saya ingin perkahwinan kali kedua kekal hingga ke akhir hayat. Saya banyak belajar daripada kegagalan lalu dan lebih berhati-hati dalam memilih pasangan," ujar Dynas dipetik sebagai berkata.
Meskipun dirinya kini sedang hangat bercinta dengan seorang jejaka yang juga kawan baiknya sejak dibangku sekolah lagi, Dynas berkata setakat ini dia masih belum menerima isyarat daripada pihak lelaki untuk berkahwin jadi beliau masih belum ada jawapan jika ditanya bila ingin berkahwin lagi.
Sumber: BH Plus
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment