14 May 2016

YATT HAMZAH SAH HAMIL - NIA BAKAL DAPAT ADIK



"Sebenarnya, saya dan suami tidak merancang apa-apa mengenai anak. Kami biarkan rezeki itu ditentukan Allah. Alhamdulillah, saya disahkan hamil," demikian kata Yatt Hamzah, 36, apabila dirinya disahkan hamil dua bulan hasil perkahwinan keduanya bersama juruvideo, Mohammad Zulfadhli Khiruddin, 26, pada 27 Februari lalu.

Yatt atau atau nama sebenarnya, Haryati Hamzah yang menyedari dirinya berbadan dua sekitar tiga minggu lalu bagaimanapun mengakui sudah lama menunggu untuk menambah zuriat.





"Setakat ini, kandungan kali ini agak manja sedikit. Saya hanya makan di rumah saja kerana tidak boleh makan di luar.

"Saya bersyukur kerana sejak kelahiran Suci enam tahun lalu, saya sentiasa berdoa diberikan cahaya mata kedua.

"Sekarang pada perkahwinan kedua ini, Allah makbulkan doa saya.

"Bukan saya saja, malah Suci paling gembira untuk mendapat adik. Dia banyak mengingatkan saya agar berhati-hati," ujarnya dipetik sebagai berkata.



Dalam pada itu, Yatt berkata yang dia lebih berhati-hati apabila baru-baru ini mengalami sedikit pendarahan.

"Saya dinasihatkan untuk lebih banyak berehat," jelasnya.

Untuk makluman, Yatt sebelum ini pernah berkahwin dengan Abdul Mutalib Shukor pada 29 Mac 2009, namun jodoh mereka berakhir pada 25 Ogos tahun lalu. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Suci Hanania Malika yang kini berusia 6 tahun.


Sumber: BH



         ________________________





No comments: