Hari ini merupakan ulangtahun perkahwinan yang pertama bagi pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha.
Menurut Hairul, kelahiran putra sulungnya Yusuf Iskandar merupakan hadiah paling bermakna bagi mereka.
Sempena hari istimewa itu, Hairul menerusi laman Instagramnya telah berkongsi wajah anaknya yang lahir pada 3 Mei lalu.

"Hari ini 5/6/2016 genap setahun anniversary saya dengan isteri saya Hanis Zalikha. Yusuf hadiah paling bermakna buat kami untuk anniversary yang pertama ni. Alhamdulillah.
"Ramai sangat yang sayang dan doakan Yusuf, jadi saya kongsi gambar pertama putra kami serta throw back kenangan kami bersama. Alhamdulillah, Happy Family. I love my wife and my son Yusuf Iskandar. Happy Anniversary sayang," ujar Hairul yang memuatnaik sebuah video istimewa di laman IGnya
Tahniah kami ucapkan sekali lagi dan selamat ulangtahun perkahwinan buat Hairul dan Hanis.


VIDEO SEMPENA ANNIVERSARY PERTAMA
ATAU TONTON DISINI
Sumber: Hairul Azreen IG
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment