05 June 2016

ISU SEARCH DISAMAN AFJETS: "IKUTKAN HATI SANGAT, SEKARANG RASALAH" - YAZIT



Pemain dram Search, Yazit Ahmad, 55, mengambil keputusan untuk tidak mahu terlibat mahupun bertanggungjawab sekiranya penganjur konsert AFJets Sdn Bhd menyaman kumpulan rock tersohor itu.

Ini kerana menurut Yazit, dirinya sudah dipinggirkan sejak awal dan AFJets sendiri mengesahkan empat ahli lain Search sahaja yang akan disaman jika tuntutan itu diteruskan.

"Saman itu adalah keputusan pihak AFJets. Saya tidak campur sebab dari awal lagi saya sudah diketepikan. Jadi saya tidak tahu macam mana. Saya sudah telefon AFJets, mereka kata saya tidak ada masalah apa-apa. Masalahnya hanya pada empat ahli kumpulan yang lain sebab mereka yang tandatangan cek dan perjanjian persefahaman MOU.





"Membatalkan konsert itu sesuatu yang tidak profesional. Mereka ikutkan hati mereka sangat. Sekarang mereka rasalah. Kalau mereka cerita AFJet tidak profesional, ketuk kepala mereka sendiri tanya mereka sendiri profesional atau tidak. Belum konsert, duit sudah ambil," ujar Yazit berhubung perkara berkenaan.

Untuk makluman, Penganjur Konsert Search 35 Tahun, Afjets Sdn Bhd semalam telah menuntut saman ganti rugi sebanyak RM1.5 juta serta memberi tempoh selama 14 hari kepada kumpulan Search untuk memohon maaf secara terbuka berikutan kenyataan mereka sebelum ini yang mendakwa Afjets tidak bersikap profesional dan menampatkan perjanjian.



INGIN MELETAKKAN IKLAN ANDA DI SINI?
SIZE 450 x 350 - KLIK UNTUK INFO



Sementara itu, Afjets dalam satu sidang media diadakan, telah menafikan segala tuduhan itu yang dianggap sebagai fitnah kepada pihaknya. Dalam masa yang sama, Afjetz turut mendakwa bahawa kumpulan rock itu juga melanggar perjanjian MOU selepas membatalkan konsert secara tidak sah.




Sumber: MMO


         ________________________





No comments: