Menerusi Instagram Yatt Hamzah, dia kini sedang dirawat di Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Selangor.
Difahamkan, Yatt akan bertolak ke Brunei pada hari tersebut bagi mempromosikan jenamanya di sana tetapi ketika di KLIA, Yatt tiba-tiba jatuh sakit lalu dihantarkan ke hospital berkenaan.
"Sepatutnya semalam (1 Jun) fly ke Brunei bersama team SUCI BY YATT HAMZAH untuk KLIHF, di ICC BRUNEI. Tapi jatuh gering di KLIA. Dikejarkan ke hospital dan warded sejak semalam (1 Jun).
"Inilah yang dipanggil manusia hanya merancang, Allah jua maha perancang.. Laayukallifullahunafsan illawus a'ha.. Tidak Allah uji jika tidak mampu dipikul hambaNya.
"Doakan saya lekas sembuh ya. Buat warga Brunei, mohon doa kalian agar saya segera sihat dan boleh terbang ke sana segera. Tak sabar nak jumpa orang BRUNEI.
"Terima kasih atas kasih sayang semua. Alhamdulillah TQ Allah untuk ujian cinta ini," ujar Yatt di laman IGnya.
Kita doakan semoga Yatt cepat sembuh.
Foto: Yatt IG, Adik-beradik Yatt IG
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment