05 June 2016

PEMAIN GITAR CROSSTOWN MENINGGAL SELEPAS MENGIRINGI PERSEMBAHAN AWIE



Sebaik selesai mengiringi persembahan Awie pada majlis penutupan Ekspo Usahawan Bumiputera Pulau Pinang (Penbex) 2016 di Dataran Transformasi Usahawan di Kubang Menerong malam semalam, gitaris kumpulan Crosstown, Izharuddin Shariff atau lebih dikenali sebagai Ajan, 55, meninggal dunia akibat serangan jantung.

Difahamkan, Allahyarham dilaporkan tiba-tiba rebah di atas pentas ketika kumpulan itu mahu bergambar bersama Awie dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu.

Abangnya yang juga ahli kumpulan itu, Mohamed Izzamudin, 57, berkata beberapa rakan cuba membantu Izharuddin yang masih bernafas ketika itu.





"Keadaan agak kelam kabut kerana ramai peminat masih berkumpul ketika kami dan Awie cuba membantu mengangkat adik saya.

"Ajan disahkan meninggal dunia dalam perjalanan mendapatkan rawatan di Hospital Kepala Batas (HKB)," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Kumpulan Crosstown yang ditubuhkan pada 1986 di Pulau Pinang terkenal dengan lagu 'Pulau Pinang Kita' yang popular sekitar 90-an.




Sumber: Berita Harian


         ________________________





No comments: