04 June 2016

DAPAT 'BABY BOY' - HAIRUL AZREEN & ISTERI NAMAKAN 'YUSUF ISKANDAR'



Rezeki bulan Ramadan!

Begitulah halnya dengan Hairul Azreen dan isterinya, Hanis Zalikha yang menimang cahaya mata pertama jam 8.17 malam semalam. Apa yang mengembirakan, mereka dikurniakan bayi lelaki yang sihat seberat 3.85kg.

Berita gembira ini dikongsikan oleh Hairul menerusi laman Instagramnya dengan memuatnaik gambar dia sedang mendukung bayi sulungnya itu.





Hairul dan isteri telah sepakat membei nama Yusuf Iskandar buat bayi sulung mereka itu.

"Alhamdulillah Jumaat, tepat jam 8.17 malam isteri saya selamat melahirkan zuriat kami yang pertama syukur ke hadrat Ilahi. Yusuf Iskandar, / 3.85kg / sihat walafiat. Minta iringan doa yang baik buatnya amin," maklum Hairul di laman IGnya.

Untuk rekod, pasangan ini berkahwin pada 5 Jun tahun lalu.

Tahniah diucapkan dan semoga keluarga kecil ini akan terus bahagia dan dilimpahkan rezeki.






Foto: Hairul Azreen IG


         ________________________





No comments: