04 June 2016

'ANAK MAMI NASI KANDAQ', BUAT PENONTON TAK KERING GUSI



Setelah kejayaan filem Nana Tanjung hampir 10 tahun lalu, terkini Pengarah Profesor Dato' A. Razak Mohaideen kembali dengan filem edisi 'Anak Mami' iaitu 'Anak Mami Nasi Kandaq' yang lebih menarik dan mencuit hati.

Nama-nama besar dalam lakonan seperti Fasha Sandha, Qi Razali, Chik Pak Man Telo, Maria Farida dan ramai lagi membuat filem tersebut bertambah hangat. Malah kehadiran adik kepada Fasha Sandha iaitu Ellysha Sandha bagai melengkapkan filem yang menggunakan loghat Pulau Pinang itu.





Sementara bagi yang mahu melihat bagaimana Qi Razali bertukar menjadi 'wanita', filem ini merupakan satu cabaran besar buat Qi. Tidak seperti filem-filem lain yang menggunakan suara sebenar pelakon lelaki terbabit, Anak Mami Nasi Kandaq sebaliknya menggunakan suara wanita bagi menghidupkan wataknya.

"Saya lihat sekarang ni terlalu banyak filem yang mengetengahkan keganasan, lawan, gangster, dadah dan sebagainya. Oleh itu, saya ingin mengubah minda masyarakat agar kembali kepada budaya murni kita yang penuh dengan kelembutan dan kasih sayang.





"Dengan terbitnya filem Anak Mami Nasi Kandaq ini, saya harap kita akan dapat berhibur kembali sebagaimana satu ketika dahulu. Malah saya juga berharap Hari Raya yang bakal kita sambut nanti akan lebih ceria selepas menonton filem ini," ujar Razak Mohaideen ketika ditemui myartis selepas tayangan media filem tersebut di e@Curve, Damansara, Semalam.

Untuk info, Anak Mami Nasi Kandaq mengisahkan seorang pengusaha restoran nasi kandar, iaitu Mamu Nizam yang telah lama duda bergelut untuk melariskan perniagaannya yang mundur. Dengan bantuan 5 anak-anaknya, dia berjaya bangkit semula dan kemudian jatuh hati dengan seorang pembantu wanita (lakonan Qi Razali).



Namun apa yang Mamu tidak tahu, Faridah (Qi) mempunyai agenda tersendiri bagi mengorek rahsia restorannya. Keadaan bertambah kecoh apabila anaknya yang bernama Fitri mengetahui rahsia besar Faridah itu secara tidak sengaja.

Apakah yang berlaku seterusnya? Jawapannya hanya setelah anda menonton filem ini yang bakal ditayangkan pada Aidilfitri pertama nanti.- (myartis)








GAMBAR LAIN: KLIK DI SINI



         ________________________





No comments: