"Di bulan Ramadan lah saya banyak masa untuk melakukan apa yang saya tidak dapat uruskan sebelum ini. Contohnya mengemaskini dan meningkatkan keupayaan operasi kafe saya, Love Me Seven Days, disebabkan sebelum ini saya sibuk dengan pelbagai aktiviti seni," demikian kata Elfira Loy ketika ditemui myartis di Menara Kuala Lumpur baru-baru ini.
Tambahnya, di bulan Ramadan juga merupakan peluang untuk dia pulang ke kampungnya di Kuala Ketil, Kedah, bagi meluangkan masa bersama keluarga.
"Masa tu saya tak akan melibatkan diri dalam aktiviti seni. Pulang ke Kedah adalah satu keutamaan bagi saya," tambahnya yang kehilangan Tok Wan sebelah ayahnya seminggu sebelum Ramadan tahun lepas.
Mengenai perkembangan sekarang, menurut Elfira dia telahpun memiliki Diploma setelah menamatkan pengajiannya dalam bidang seni di sebuah kolej tempatan. Dengan ilmu yang ada, dia bakal membantu bakat-bakat baru dalam bidang seni bagi merealisasikan impian bersama.
Bagaimanapun bila ditanya mengapa dia mengambil diploma dalam bidang seni, katanya dia bukan tidak boleh mengambil jurusan yang lebih tinggi, tetapi semuanya bergantung pada minat.
"Minat saya adalah dalam bidang seni, jadi tak guna saya ambil jurusan dalam bidang lain jika saya tak minat," katanya.
Untuk info, kegembiraan Elfira mendapat diploma baru-baru ini turut dirasai oleh pelakon Soo Wincci yang kini sah bergelar doktor setelah enam tahun mengikuti pengajian peringkat kedoktoran. - (myartis)
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment