03 June 2016

WOW... PEMINAT SANGGUP TIDUR DI AIRPORT DEMI SHIHA ZIKIR



Bagai di Hollywood pula rasanya apabila ada peminat Shiha Zikir yang sanggup tidur di lapangan terbang semata-mata mahu bertemu dengan penyanyi tersebut. Kira hebat juga penangan dangdut Shiha selepas Mas Idayu mendapat tempat dihati peminat Indonesia.

Semuanya gara-gara Shiha mula diterima peminat di sana sejak menyertai program D’Academy Asia Indonesia. Katanya, penghargaan yang diterimanya daripada peminat luar negara itu cukup membuatkan dirinya rasa dihargai.





"Ada yang sanggup datang dari jauh dengan menaiki kenderaan darat mahupun menaiki pesawat. Ada juga yang sanggup tidur di lapangan terbang, semua perkara ini mereka buat semata-mata nak bagi hadiah dan bergambar sahaja.

"Selepas menyertai program pertandingan menyanyi D’Academy Asia Indonesia, penerimaan yang saya terima memang luar biasa. Bukan itu sahaja, setiap program di sana, peminat-peminat sentiasa memberikan sokongan.





"Begitu juga di Malaysia, saya ada kelab peminat yang dikenali sebagai Squad Rover Shiha FC (SRSFC). Mereka inilah yang sering memberikan sokongan tidak putus-putus dalam perjalanan karier Shiha," ujar Shiha dipetik sebagai berkata.

Berikutan popularitinya di Indonesia, Shiha akhirnya mengambil keputusan untuk meneruskan kerjayanya di sana. Ia sekaligus bagai mengikut jejak langkah Shila Amzah yang kini bertapak di negara China serta Yuna yang mengembangkan kariernya di USA.



"Saya rasa perlu untuk meneruskan karier di sana selain di tanah air sendiri kerana perkara ini merupakan salah satu impian saya sejak dulu lagi. Memang saya berhasrat untuk mengembangkan karier di Indonesia dan menembusi pasaran di sana.

"Saya akui di sana memang ramai artis, jadi untuk bersaing itu sebenarnya saya tidak pernah terfikir pun untuk menjadi sesiapa. Malah, saya hanya menjadi diri sendiri dan berusaha keras untuk sampai ke peringkat hari ini.

"Saya percaya kalau kita ada kelab peminat yang ikhlas, minat dengan bakat kita, insya-Allah nyanyi genre apapun mereka pasti berikan sokongan," tambahnya lagi.


Sumber: Mediahiburan- Foto: Shiha IG



         ________________________





No comments: