01 June 2016

7 GAMBAR - KAK ENGKU UTAMAKAN ANAK-ANAK, TOLAK LAMARAN



Bergelar ibu tunggal bukanlah sesuatu yang mudah. Hakikat ini harus diterima oleh Raja Azura atau lebih mesra dengan panggilan Kak Engku dalam membesarkan anak-anaknya.

Bukan tiada yang masuk meminang, namun Kak Engku tak mahu tangkap jarang kerana bukan mudah untuk orang di luar sana memahami apa yang diperlukan wanita sepertinya. Katanya, dia tidak hanya boleh hidup dengan cinta tetapi kejayaan anak-anak adalah fokus utama ketika ini.





"Buat masa sekarang, jawapan saya adalah ‘tidak’ kepada mana-mana lamaran. Baik daripada bekas suami atau orang luar, saya tidak terima. Pada masa depan saya tidak tahu, tetapi inilah jawapan saya sekarang.

"Jika ada yang membayangkan wanita semuanya sama, tidak sama sekali pada saya. Saya lebih senang memberi fokus kepada suatu perkara dalam suatu masa. Kini fokus utama saya adalah untuk melihat anak-anak berjaya. Selagi impian itu belum tercapai tidak mampu untuk saya fikir perkara lain," ujarnya dipetik sebagai berkata.





Dalam pada itu, Kak Engku menasihati mereka yang berhajat meminangnya agar jangan hanya terima yang baik tentang dirinya sahaja, tetapi terima yang buruk dahulu.

"Pinta saya kepada mereka yang cuba mendekati diri ini, kaji buruk. Mereka kena faham, jika saya terlalu baik, maka tidak akan berlaku perceraian antara saya dan bekas suami.

"Sebab itu saya selalu muhasabah diri, tidak hanya mencari salah orang, tetapi fahami apa kesilapan sendiri," tambahnya yang kini bahagia disamping anaknya Megat Muhammad Raziq, 14, Megat Luqman Hakim, 13, dan Puteri Mia Maizurah, 10.










Sumber: Utusan - Foto: Kak Engku IG



         ________________________





No comments: