"Happy fathers day 'abg' dia suami, dia kawan,dia tempat mengadu, dia tempat gaduh, dia papa ank2 sye, dia bff,dialah segale galenye, seburukburuk sebaik baik dia lah suami.. we love u," demikian ucap Datin Red sempena hari bapa baru-baru ini buat suaminya Datuk Seri Adenan Abu (Datuk Red).
Namun bukan itu sahaja yang mengembirakannya, tahun ini Datuk Red bakal memeriahkan sambutan hari raya pertama di rumahnya dahulu. Manakala Adira, pulang ke Sabah seorang diri demi menghormati madunya itu.
"Sebagai isteri kedua saya memahami situasi suami. Ia bukan masalah besar buat saya kerana masih dapat menyambut Aidilfitri bersama keluarga di Ranau, Sabah.
"Walaupun ini tahun pertama kami beraya sebagai pasangan suami isteri, saya reda dan akur," ujar Adira kelmarin.
Baguslah begitu... tolak ansurkan membawa kebahagiaan!
--- IKLAN ---
Foto: Datin Red IG
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment