23 June 2016

TAHNIAH - ISTERI NAS-T KINI HAMIL 3 BULAN



Nas-T tidak lama lagi bakal menimang cahaya mata apabila isterinya, Atita Haris kini sedang hamil tiga bulan.

Berita gembira ini disampaikan sendiri oleh Nas-T menerusi laman Instagram melalui sebuah video sebelum ia dipadamkan.

Bagi mereka yang sempat melihat video, pasti akan mengetahui isi kandungan video tersebut yang menunjukkan imbasan ultrabunyi yang telah dilakukan keatas wanita mengandung pada minggu awal kehamilan, dan nama Atita jelas kelihatan pada skrin imbasan berserta hashtag '3 months 6 days'.





Rata-rata pengikut Nas-T gembira dengan berita yang disampaikan, malah akaun Instagram milik isterinya juga ada memuatnaik satu gambar dia dan suami dengan kapsyen 'Baby Baba Pulak' turut dibanjiri dengan ucapan tahniah dari peminat mereka.

Untuk rekod, Nas-T mendirikan rumah tangga dengan Atita pada awal Januari lalu. Atita mempunyai seorang anak perempuan bernama Sofia hasil perkahwinan terdahulu.

--- IKLAN ---




Sumber: Nas-T IG & Atita IG



         ________________________





No comments: